Stats

 

Polis bertindak kerana bukan perhimpunan aman: KPN

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, mempertahankan tindakan polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata pada perhimpunan berhampiran Dataran Merdeka kelmarin kerana peserta demonstrasi bertukar menjadi ganas dan merempuh sekatan polis.

"Perhimpunan pada Sabtu lalu bukan lagi perhimpunan aman apabila ia bertukar menjadi rusuhan dan merosakkan banyak harta benda awam malah turut mencederakan pegawai-pegawai polis yang sedang bertugas," katanya pada sidang media hari ini.
Katanya, penganjur perhimpunan tidak mengotakan janji mereka untuk berhimpun secara aman malah tidak mengawal penyokong-penyokong sehingga mereka bertindak ganas dan melanggar undang-undang termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012.
Pada perhimpunan itu, jelas kelihatan polis yang mula hanya berkawal terpaksa bertindak akibat provokasi perusuh yang bertindak liar dengan merempuh pengadang dan kawat berduri yang dipasang di sekitar Dataran Merdeka yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh Mahkamah Majistret.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini melarang penganjur mengadakan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka kerana tempat itu hanya dibenarkan untuk acara-acara rasmi bertaraf nasional.

Ismail berkata, polis mempunyai banyak bukti seperti gambar dan rakaman video yang menunjukkan polis menjalankan tugas dengan penuh sabar dan berhemah sehinggalah perusuh mula bertindak ganas.

Sehubungan itu, katanya, polis akan menyiasat hasil perhimpunan ini secara menyeluruh bagi mencari motif dan mengesan mana-mana individu atau kumpulan yang bertanggungjawab terhadap keganasan yang berlaku pada perhimpunan tersebut. - BERNAMA sumber dari : berita harian online


-(Back Home)- - JT.Blogshop